Ahad, 20 November 2011

UNTUKMU MUSLIMAH




Wahai kaum Hawa, Saudari Seislam yang amat saya Sayangi.

Sebelum pergi kemana-mana perhatikanlah tiap peribadimu.
AkhlaKmu dan pakaianmu semasa melangkah keluar senantiasa ingat bahawa dimanapun dirimu pergi dirimu membawa sesuatu yakni:

Maruah agama islam.
  Maruah ibu dan ayahmu.
  Maruah dirimu.
Membawa malaikat yang selalu mencatat tiap kebaikan dan kemungkaran.
  Membawa iman mu dimana saja dirimu bertapak.
 Aurat Itu Mahkota Wanita
Lindungilah auratmu kerana ALLAH SWT. Lakukan kerana ALLAH SWT.
Bukan kerana ingin menutup separuh saja auratmu. Bukanlah untuk menunjukan kecantikanmu. Bukanlah untuk menutup cela yang ada pada dirimu.
Tapi menutup aurat kerana WAJIB menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba-NYA dibumi ciptaan ALLAH SWT ini.

Andai kamu sukar menutup aurat, janganlah kamu bernafas dibumi-NYA.
Janganlah kamu memaparkan kecantikan yang ALLAH SWT ciptakan padamu.
Segalanya adalah milik ALLAH SWT.

Sungguh, tiap yang ALLAH SWT berikan adalah ujian.
Taat pada suruhan dan larangan-NYA.
Seindah-indah perhiasan ialah wanita solehah yang taat kepada ALLAH SWT.
Wanita solehah itu tidak memandang dan dipandang.

_______________________________________________


GUNAKANLAH TUDUNG DAN LABUHKANLAH HINGGA KE DADA.

"Wahai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang-orang mukmin. Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih muda untuk di kenal karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah maha pengampun dan penyayang.
[Al-Ahzab : 59 ]

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak padanya, dan hendaklan mereka MENUTUP KAIN TUDUNG KE DADANYA."
[Ayat Al-Quran Surah An-Nur: 31 ]
___________________________________________________


WANITA

 
Seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman,
...
Segar mewangi di pelusok dunia,

Setulus kasih sesuci embun,

 
Lembut wanita kerana tutur katanya,

 
Mesra wanita kerana senyumannya,

 
Cekal wanita kerana keberaniannya,

Patuh wanita kerana setianya,

 
Sabar wanita kerana imannya,

 
Kasih wanita kerana belaiannya,

 
Lemah wanita kerana air matanya,

 
Ikhlas wanita kerana simpatinya,

Dendam wanita kerana cemburunya,

Sayang wanita kerana sifat keibuannya.


"Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada keberaniannya dalam berpakaian hebat tetapi dilihat dari sejauh mana dia berani mempertahankan melalui apa yang dipakainya."

Kalau benar bertudung kerana Allah SWT, pakailah tudung dengan sempurna. Belum terlambat untuk berubah. Tutuplah auratmu sebelum ia ditutupkan.
_______________________________________________



DOA SITI AISHAH R.A. SELEPAS TAHAJJUD (selepas baca doa tahajjud biasa).

Ertinya : "Cukuplah aku bersandar kepada Allah dan Agamaku.Cukuplah aku bersandar kepada Allah untuk keduniaanku. cukuplah aku bersandar kepada Allah untuk menghadapi apa saja yang menyusahkan aku. Cukuplah aku bersandar dengan Allah untuk menghadapi orang yang melakukan penganiayaan terhadap diriku. Cukuplah aku bersandar k...epada Allah untuk menghadapi sesiapa saja yang hendak berbuat jahat kepadaku. Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali pertolongan Allah.

Ya Allah, sungguh aku ini lemah, kerana itu Ya Allah, kuatkanlah aku.Dan aku ini hina dina, kerana itu muliakanlah aku. Dan aku ini fakir, maka cukupkanlah aku, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih dan Penyayang"
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


##JANGAN bergurau sembarangan dengan HATI PEREMPUAN.
Mungkin nampak teguh, tapi hakikatnya hatinya mudah TERUSIK.
Jangan menyentuh jika TIDAK BERNIAT mahu MEMETIK..##

2 ulasan:

  1. sy suke entry nie...ati sy rse tnang bila dkt nan ALLAH

    BalasPadam


komen di sini yee :)