Isnin, 24 Disember 2012

PENGAJARAN KITA BERSAMA

Assalamualaikum.Hai.Tadi sedang melayari kebosanan fb ada lah terbaca satu status nih. hmm.. dapat keinsafan! nih cerita dia :




Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu’ dan berjalan menuju masjid.
Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Dirumah, dia berganti baju, berwudu’, dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan d
irinya dan kembali ke
rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu’ dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab
“Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.’
Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh
bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ”Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang
ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh
kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya,
mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai
dimasjid dgn selamat..’


Semoga dapat pengajaran. 

Sabtu, 3 November 2012

Maafkan saya




Maafkan saya,
Jika saya kekal dengan ketegasan diri tak nak didekati oleh seorang insan bernama lelaki dulu, mungkin semua ini takkan terjadi..

Maafkan saya,
Jika saya tidak bergurau senda & ramah melayan kata-kata mesra dari awak dulu, mungkin semua ini takkan terjadi..


Maafkan saya,
Jika saya tak bercakap dengan nada yang lembut dengan awak dulu, mungin semua ini takkan terjadi..


Maafkan saya,
Kerana jatuh hati pada awak & telah membuat awak juga jatuh hati pada saya..


Maafkan saya,
Jika lembut & mesra tutur bicara saya, manja suara & kata-kata saya dalam setiap pesanan ringkas, chatting kat fb & perbualan suara melalui telefon buat awak bertambah dekat & sayang terhadap saya.


Maafkan saya,
Kerana dah buat hati kita bergelumang dengan dosa selama ini.


Maafkan saya,
kerana mengambil keputusan untuk berpisah ini.
Bukan ada niat yang terselindung, tapi hanya untuk kita menggapai kembali redha-Nya.


Saya bersyukur diperkenalkan & dipertemukan dengan awak.
Mengenali awak, membuat saya yakin, di dunia nie masih ade lelaki yang baik.
Awak sentiasa baik dengan saya, awak banyak bersabar dengan karenah saya, awak sentiasa berusaha menggembirakan saya walau apapun mood saya ketika itu..
Prasaan kasih & sayang pada awak, merupakan 1 anugerah yang x ternilai bagi diri saya..
Tapi malangnya, kita telah menggunakan anugerah itu dengan cara yang tak tepat..


Andai awak memang menyayangi diri ini.., jumpalah kedua ibu bapa saya,
pinanglah saya, dan jadikan saya milik awak yang halal, yang sah..
Kemudian, kita sambung kembali kisah percintaan kita di dalam hubungan yang halal..
Saya pasti, hubungan kita akan menjadi lebih indah setelah itu..


Andai saya memang merupakan tulang rusuk awak, saya akan menanti awak untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain..
Tapi andai kata, saya bukan wanita yang ditakdirkan untuk menjadi jodoh awak, saya redha & saya doakan awak mendapat seorg wanita solehah yang jauh lebih baik berbanding diri saya..(n_n)' 

                                                                                                  COPY/PASTE : 'facebook'