Rabu, 16 November 2011

"C.I.N.T.A"




KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORG Y SALAH

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

~ALLAH knows BESt!~♥

________________________________________________


..Sesungguhnya Allah akan MENYATUKAN wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan wanita yang buruk untuk lelaki yang buruk..bukanlah baik buruk persamaan pasangan DINILAI pada wajah, tapi ianya pada HATI lelaki dan wanita itu..

PANDANGLAH sekeliling, kamu akan dapati sepasang kekasih bagai ratu dengan pengemis, kecantikan pada pasangan wanita jauh lebih cantik daripada pasangan lelaki, namun itulah HAKIKATNYA bahawa SEKUFU itu adalah pada hati bukanlah pada wajah..WANITA SOLEHAH pada padangan lelaki soleh adalah cukup BERHARGA, walau wajah tidak semanis jiwa..wanita yang MENGHIASI dunia dengan kesolehannya adalah PENGHUNI SYURGA, dan wanita yang menghias dirinya dengan dunia adalah PENGHUNI NERAKA..

>>> Seandainya kamu diberikan WAJAH yang cantik, BINALAH hati secantik wajah agar Allah kurniakan TEMAN HIDUP yang berhati jernih..(◠‿◠)

_______________________________________________


Antara kau dan aku ~ punya niat yang sama ~ niat membina mahligai sakinah ♥
Antara kau dan aku ~ punya rasa yang sama ~ rasa disayangi jua menyayangi ♥
Antara kau dan aku ~ punya lafaz yang sama ~ lafaz dikasihi jua mengasihi ♥
Antara kau dan aku ~ punya ingin yang sama ~ ingin menjadi pejuang agamaNya ♥
... Antara kau dan aku ~ punya hati yang sama ~ hati yang merindui syurgaNya ♥
Cuma.. yang membezakan.. Antara kau dan aku ~ hanya IMAN dalam diri ♥


Imam Nawawi ~
... “Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu”..

Maksud hadith:
Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)
______________________________________________



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
...

MENGAPA HARUS DINANTI SI DIA YG TELAH BERLALU PERGI ??


* ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. • * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫. • * ♥ ¸. • * ¨ `* •.♫

Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah..

Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai,itulah yang sukar diperolehi..

Kadangkala,kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari..

Seolah2 itu saja yang diminta tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal
hati

kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta

yang seolah difikirkan sudah hilang..

Kita selalu terlupa bahwa cinta sesama manusia kadang2 boleh merosakkan jiwa

kita..

membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kuat dan tabah dalam

meniti perjalanan hidup ini..Mana perginya satu azam yang kuat dulu..

mana perginya janji kita yang mahu berjaya dalam hidup...

Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta,berkasih sayang dengan

orang yang kita suka dan mahu..

kadang kita harus tabah menerima suratan,orang yang kita dambakan bukan

menjadi milik kita..

Dan selalu saja kita merungut dan mengeluh mengenang nasib diri krna apa

yang kita mahu tidak diperolehi.

Sedarkah kita,bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita..

Krna kita punya usaha untuk memilih dan memiliki..

Namun, sejauhmana kita meratap untuk mejadi milik kita dan bukan hak

kita,sampai bila2 pun takkan dapat melainkan dengan izinNya

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan

perolehi..,

apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..

Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah

ditentukanNya..

Kita Cuma hamba Allah yang yang mana wajib mempercayai dan menerima

rukun iman..

Kadang kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cintaitu milik
.kita
sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima

kenyataan itu...

Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu telah pudar..

Tapi,krna kesombongan diri kita atau tidak dapat menerima kenyataan,dan kita

selalu saja menceriakan diri kita dengan pembohongan yang nyata...

menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti...

Itulah kita..

selalu tertikam dengan bisikan halus menyedapkan hati kita...

membuatkan kita terus di dalam asyik yang berkepanjangan..

Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata..

cinta itu bukan milik kita lagi...

cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta..

sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati...

tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita...

sedangkan masa yg berlalu tidak akan menunggu kita..

sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata,membazirkan perasaan dan masa
hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat.

Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA..

krn hakikatnya JODOH itu bkn ditangan mnusia..

Ats kasih syg Allah juga kita bertemu dgnnya dan ats limpahan kasihNya jua kita

dipisahkan b'sama HIKMAH yg t'sembunyi.. Insya Allah...






Allah Azza Wa Jalla berfirman, (dalam hadits qudsi),
“KecintaanKu terwujud kepada Dua orang yang saling mencintai karena Aku.”(HR. Ahmad, Ath-Thabrani, dan Hakim) ..

...bismillahirrohmanirrohim
...

. . . . Wahai seorang yg kelak ditakdirkan utk'ku telah kusematkan
cintaku padamu
berdasarkan cintaku pd Rabb-ku,,telah kuyakinkan
penantianku atas nama iman agar
keikhlasan dlm menunggumu menyatu jg di dlm jazadku...

Duhai kanda,,, dengarkanlah...
bhwa ssungguhnya cinta dlm keimanan itu akan menghantarkan
seseorang kpd kemuliaan . . . .

. . . Amin Ya Rabbal Alamin .

15 ulasan:

  1. doa la pertemu org yg sesuai ^_^

    BalasPadam
  2. insyaAllah akn tiba masa nya nanti...

    BalasPadam
  3. betul2..t kita bahagia juga :)

    http://cikwanielovela.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. just pray for the best ok..

    by the way...entry best tapi terlalu banyak color susah nak baca la dear...sorry k.. :)

    but suka bunga background tuh...really nice !

    BalasPadam
  5. InsyaAllah.. sampai tiba masanya nanti... nway.. susa ckit nk bc.. huhuu.. sowi ye.. tp nice entry neh.. :)

    BalasPadam
  6. insyaALLAH,,,aminnnnnn......
    thanx ats komen2 anda....^____^ hihihi(=

    BalasPadam
  7. susah nak baca. hope leh baiki dan tengok blogger-blogger yang dah lama ye. no offense, happy blogging. =)

    BalasPadam
  8. Allah mmg saje temukan kite dgn org yg salah sbb nak kite belajar dr kesilapan and Allah akan temukan dgn yg btl nnt..

    psstt..dik susah na bace la..kasi besar sikit tulisan..then kasi background pd entry nie..rujuk blogger blogger lain erk..keep on blogging..:)

    BalasPadam
  9. silalah join contest pertama kali saya adakan :- hadiah menarik buat anda. meriahkan n ajak kawan2.
    http://manmala.blogspot.com/2011/11/contest-komen-terbanyak.html

    BalasPadam

hye ~ da baca..?
jangan lupa komen^^